Penyerang sensasi Selangor, Ronnie Fernandez membuka akaun jaringan untuk pasukan Selangor di pentas AFC Champions League 2.
Skuad Merah Kuning telah dijadual menentang Muangthong United dalam kempen ACL2 bagi perlawanan pertama di Stadium Rajamangala, Thailand.
Biarpun pada babak pertama perlawanan Selangor dan Muangthong terikat tanpa jaringan, skrip berbeza terjadi kepada skuad kendalian Nidzam Jamil di babak kedua perlawanan.
Pada minit ke-47 permainan, rembatan kencang kaki kiri pemain import Selangor, Ronnie Fernandez mengembirakan hati penyokong Selangor. Ronnie menyempurnakan lorongan dari Yohandry Orozco untuk jaringan pembukaan perlawanan.
Kemasukan Yohandry Orozco di babak kedua telah memberi impak segera buat pasukan apabila pemain itu menjadi watak penting pasukan dengan mencipta bantuan jaringan untuk gol pertama Selangor.
Kelebihan satu jaringan yang dimiliki Selangor bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pasukan tuan rumah mencatat jaringan penyamaan menerusi pemain sayap Muangthong, Purachet Thodsanit pada minit ke-54 permainan.
Keputusan semasa di Stadium Rajamangala Thailand ketika ini menyaksikan Muangthong dan Selangor terikat dengan keputusan 1-1.