Advertising
“Dia Pernah No.1 Dunia Tak?” Hati Netizen ‘Pecah’ Layan Kecik & Roslin Hashim
UltraSukan
Zon Lawak

Telatah bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim berjaya mencuit hati orang ramai ketika ditemu bual baru-baru ini.

Menerusi satu video temu bual segmen Lawak Atau Koyak, beliau menjawab beberapa soalan santai dan lawak yang diajukan oleh pengacara segmen, Kecik.

Ketika ditanya siapakah yang lebih hebat di antara dirinya dan adiknya, Hafiz Hashim, beliau menjawab sudah tentulah dirinya meskipun Hafiz pernah memenangi kejohanan All England 2003.

Ad

“Dah tentulah abang (Roslin Hashim)”

Ad

Beliau jugak menambah, apakah Hafiz pernah berada di ranking no 1 dunia suatu ketika dahulu seperti dirinya

“Dia Pernah No.1 Dunia Tak?” tanya beliau sambil berseloroh.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Ad

Video yang dimuatnaik di media sosial Zon Lawak ini mendapat perhatian netizen dengan masing-masing terhibur melihat gaya Roslin menjawab soalan lucu daripada Kecik.

Roslin yang pernah berada di ranking no 1 dunia pada tahun 2001 juga meramalkan bahawa bintang Denmark, Viktor Axelsen bakal sekali lagi menjulang kejuaraan Petronas Malaysia Open 2024.

“Saya rasa Viktor Axelsen (bakal juara)”

Petronas Malaysia Open 2024 bakal meneruskan aksi dengan pelbagai perlawanan mendebarkan dan penuh kejutan dilakar bintang-bintang ternama dunia seperti Viktor Axelsen, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Tai Tzu Ying.