Dunia
Edit by SF
Advertisements

Pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Dion Cools dikenal pasti sebagai potensi untuk membuat kemunculan bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Ismail Idris (TMJ) sebelum ini, pasukan Harimau Selatan sedang melakukan persiapan rapi untuk terus memantapkan lagi pasukan.

Hal ini susulan prestasi memberangsangkan di pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kali ini sekaligus membuka mata semua pihak tentang kemampuan sebenar JDT.

Advertisements

Ini termasuklah usaha untuk membawa masuk lebih ramai pemain warisan yang berkelana di luar negara untuk memantapkan lagi skuad besar JDT dan mencipta persaingan sengit dalam pasukan.

Oleh yang demikian, antara salah seorang pemain yang berpotensi bakal dibawa masuk ialah pemain pertahanan FC Midtjylland iaitu Cools.

Pemain kelahiran Sarawak, Malaysia ini membuat kemunculan bersama pasukan negara sejak tahun lalu memberi impak yang cukup besar terutamanya untuk menjadi kekuatan tambahan dalam pasukan.

Advertisements

Beliau terus menjadi pilihan utama bermula di bawah kendalian bekas pengendali, Tan Cheng Hoe dalam beberapa kejohanan sehingga kini di bawah Kim Pan-gon.

Terdapat beberapa faktor yang mampu untuk mendorong Cools pulang beraksi di Malaysia.

Faktor utama adalah disebabkan usianya yang masih muda. Pemain yang berkelana di liga utama Denmark baru berusia 25 tahun selain memiliki kebolehan untuk beraksi di pelbagai posisi pertahanan.

Advertisements

Idea untuk membawa pulang Cools sudah pasti berada dalam perancangan disebabkan beliau mampu memberi kualiti berkelas dunia kepada barisan pemain sedia ada JDT.

Seterusnya, umum mengetahui bahawa hasrat beliau untuk beraksi di pentas Eropah masih menebal. Walau bagaimanapun, kontraknya bersama kelab ketika ini sudah hampir tamat.

Kontrak pemain ini hanya berbaki setahun bersama kelab asalnya iaitu FC Midtjylland setelah menghabiskan masa selama 6 bulan untuk kembali beraksi di liga Belgium.

Advertisements

Ini sudah pasti menarik minat JDT untuk membawa masuk pemain ini secara percuma pada tahun hadapan.

Cools Zulte Weregem Dion Cools Bakal Sertai JDT?
Dion Cools

Faktor ketiga yang mampu mendorong usaha untuk membawa bekas pemain bawah 23 tahun Belgium ini adalah disebabkan faktor minit permainan.

Antara salah satu punca yang menyebabkan Cools keluar untuk beraksi bersama Zulte Waregem adalah disebabkan mahu mendapat lebih banyak minit permainan.

Beliau beraksi dalam 11 perlawanan liga dan beraksi dalam kesebelasan utama pasukan dalam hampir kesemua perlawanan.

Kehadiran ke JDT bukan sahaja menambah kualiti dalam pasukan tetapi mampu untuk memberikan beliau lebih banyak peluang untuk beraksi bersama pasukan sekaligus memberi kelebihan kepada Harimau Malaya.

Usaha ini dilihat sebagai salah satu langkah positif untuk memacu kejayaan pasukan Malaysia di pentas Asia sekaligus membuka peluang buat lebih banyak pasukan negara beraksi dalam kejohanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram