Advertisement
Dion Cools Berbisa, Terima Penilaian Tertinggi Berdepan JDT
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertahanan Buriram United, Dion Cools menerima penilaian tertinggi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Osmar Loss cemerlang memberikan tentangan sengit terutamanya menerusi serangan balas pantas pada bahagian sisi padang.

Kapten Harimau Malaya, Cools diturunkan dalam kesebelasan utama terus memberikan masalah besar kepada skuad Harimau Selatan yang beraksi di laman sendiri.

Menerusi kemas kini laman Sofascore, Dion Cools menerima penilaian tertinggi dalam kalangan pemain Buriram United dengan 7.8 mata sepajang 90 minit bermain.

Beliau melakukan 3 pengeluaran bola, 4 bentesan, 49 sentuhan dengan 80 peratus ketepatan hantaran.

Bukan itu sahaja, bekas pemain Club Brugge itu juga melakukan dua hantaran lintang, memenangi 8 pertarungan bola di atas padang dan satu di udara.

Ujian berikutnya buat JDT adalah menentang Central Coast manakala Buriram United akan menghadapi tentangan Ulsan HD pada 12 Februari.