Dion Cools & Junior Eldstal Ceriakan Persiapan Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persiapan Malaysia menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Kyrgyzstan diserikan dengan kepulangan dua tonggak penting negara iaitu Dion Cools dan Junior Eldstal.

Skuad kendalian Kim Pan-gon dalam fasa akhir menjelang sepak mula berdepan pasukan ke-96 dunia itu di laman sendiri.

Kepulangan dua watak penting negara itu jelas mengukuhkan lagi persiapan pasukan dalam misi meraih tiga mata penting berdepan lawan yang mencabar.

Advertisements

Menerusi satu hantaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Cools dan Junior melengkapkan senarai 25 orang pemain di kem latihan kebangsaan semalam.

Ketua jurulatih, Kim Pan-gon turut memanggil pertahanan kiri Sabah FC, Daniel Ting bagi menggantikan Azam Azmi yang mengalami kecederaan.

Hal ini pasti menyemarakkan keinginan penyokong untuk datang dan memberikan sokongan padu di SNBJ demi kejayaan Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia akan mengharungi dua perlawanan penting berdepan Kyrgyzstan dan juga Taiwan pada 16 dan 21 November 2023 ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram