Dipadam Secara Tiba-tiba, Bintang Borussia Dortmund Bakal Sertai Kelantan?
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Hasrat penyokong Kelantan untuk melihat kebangkitan pasukan kesayangan mereka mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi.

The Red Warrior yang kehilangan ramai tonggak utama pada musim ini difahamkan akan mendapat suntikan baharu apabila beberapa muka baharu dikaitkan bakal tiba.

Ad
Sponsors

Hal ini susulan kenyataan oleh pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham yang memaklumkan bahawa pasukannya akan membawa masuk 5-6 orang pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Ad

Antara salah seorang muka baharu yang dikaitkan adalah bekas penyerang Kedah dan Sabah, Dennis Buschening yang dikatakan telah mencapai persetujuan untuk menyertai Kelantan.

Menerusi satu perkongsian oleh laman rasmi Kelantan FC, pemain ini dilihat sudah mula menjalani latihan bersama pasukan namun fotonya dipadam segera oleh pasukan.

Ad

Bekas pemain muda Borussia Dortmund berusia 32 tahun ini beraksi bersama kelab Thailand, MH Nakhonsi pada musim ini.

Ad

Seorang lagi pemain yang dikaitkan akan menyarung jersi Kelantan ialah bekas pemain skuad muda Poland, Chris Jastrzembski setelah beliau dikesan meninggalkan satu komen di laman TRW Kelantan FC.

Ad