Bekas Pemain Kebangsaan Poland Sertai Kelantan FC?
Liga Super
Selfoss FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kelantan FC difahamkan bakal membawa masuk seorang pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan bagi aksi separuh kedua Liga Super 2023.

Identiti pemain ini mula diperkatakan selepas beliau telah meninggalkan satu komen sekaligus mengaitkan beliau sebagai muka baharu The Red Warriors.

Pemain yang dikenali sebagai Chris Jastrzembski telah memberi bayangan bahawa beliau akan menyertai pasukan selepas mengucapkan syabas kepada Kelantan yang berdepan Kuching City bagi aksi Liga Super ke-17.

Advertisements

“Good luck my family” , ujarnya di ruangan komen TRW Kelantan FC.

Pertahanan tengah berusia 26 tahun ini memiliki profil yang cukup baiik sebagai pemain selepas kali terakhir beraksi di Finland bersama TB Tvøroyri di Kepulauan Faroe.

Advertisements

Beliau juga merupakan pemain versatil yang boleh beraksi pada beberapa posisi penting di bahagian pertahanan dan selesa dengan kawalan bola di kaki.

Jastrzembski juga difahamkan merupakan bekas pemain pasukan kebangsaan Poland bawah 17 dan 19 tahun selepas melakukan debut pada tahun 2014.

Advertisements

Bekas pemain Diviyen ke-6 Jerman bersama Husumer SV telah membantu skuad muda Poland mengharungi Kelayakan EURO bawah 19 tahun dan beraksi dalam beberapa perlawanan di peringkat bawah 19 tahun Poland.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi dibuat oleh kedua-dua belah pihak sungguhpun pemilik kelab, Norizam Tukiman telah mengesahkan bahawa akan ada sekurang-kurangnya 6 muka baharu bakal dibawa masuk.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram