Dollah Salleh Bakal Kembali?
MakanBola
FA Malaysia

Legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh bakal kembali ke bangku kejurulatihan buat kali pertama sejak 2022.

Selepas memikul tugas sebagai jurulatih interim Sri Pahang FC pada 2022, Dollah bukan saja memikul tugas sebagai pengurus pasukan itu dari 2023 hingga 2025.

Malah, beliau juga memikul tugas sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk penggal 2025 hingga 2029. Dollah kemudiannya menjadi sebahagian daripada barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang meletak jawatan pada Januari lalu.

Selain itu, beliau juga memikul tugas sebagai Penolong Pengarah Teknikal Program Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bekas jurulatih Selangor FC itu akan kembali mewarnai Liga Super sebagai jurulatih. Ini kerana sebuah pasukan yang berstatus bekas juara Piala Malaysia mahukan khidmat beliau.

“Pablo Dollah kembali, difahamkan Datuk Dollah Salleh berada dalam radar sebuah pasukan, bekas juara Piala Malaysia,” katanya di X.

Meskipun identiti pasukan itu tidak didedahkan, ada ura-ura yang menyatakan pasukan yang mahukan khidmat Dollah ialah Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

Selain Selangor dan Sri Pahang, beliau juga pernah membimbing MPPJ Selangor, Perlis, PDRM FC, Shahzan Muda dan Harimau Malaya.

Antara pencapaian Dollah ialah Piala Malaysia, Piala FA, Liga Perdana, Piala Sumbangsih dan naib juara ASEAN Championship 2014.