Dominasi JDT Lonjak ‘Saham’ 3 Pemain Malaysia
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perkembangan positif Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan tiga pemain tempatan menerima kesan yang cukup memberangsangkan dari sudut nilai pasarannya.

Pasukan milik DYAM TMJ kini menjadi satu-satunya pasukan yang beraksi secara konsisten apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam semua pertandingan musim ini.

Gergasi Harimau Selatan juga berjaya mengetengahkan lebih ramai bakat muda ke dalam pasukan utama sekaligus memberi peluang untuk pemain tempatan menyinar.

Advertisements

Perkara ini telah memberi kesan yang cukup luar biasa kepada kemajuan pemain JDT untuk terus memastikan persaingan pemain tempatan dan import berlangsung secara sihat.

Terdapat tiga orang pemain tempatan yang menjadi tunjang utama pasukan di bawah kendalian Tano Solari sekaligus memastikan dominasi JDT tidak tergugat.

Bintang utama JDT pada musim 2023 iaitu Arif Aiman Hanapi terus mencatatkan perkembangan positif dalam arena bola sepak Malaysia.

Advertisements

Pemain berusia 21 tahun itu kini menjadi pemain tempatan paling banyak menjaringkan gol bersama JDT iaitu 6 gol dan 10 bantuan gol dalam saingan Liga Super.

Menurut data yang dikongsikan oleh Transfermarkt, nilai pasaran Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia ini terus meningkat lebih daripada 50,000 Euro daripada RM2.09 Juta kepada RM2.26 Juta.

Seterusnya, dua pemain yang mencatatkan lonjakan ketara iaitu penjaga gol JDT, Syihan Hazmi dan juga Feroz Baharudin sebanyak 75,000 Euro bersamaan RM380 Ribu.

Advertisements

Ketika ini, nilai pasaran Syihan ialah 275,000 Euro (RM1.4 Juta) manakala Feroz pula ialah 175,000 Euro (RM900 Ribu).

Antara muka lain yang turut mencatatkan peningkatan ialah perancang tengah berbakat, Hong Wan (RM1.13 Juta), Matthew Davies (RM2.09 Juta) dan Endrick (RM1.4 Juta).

Nilai ini dijangka akan terus meningkat tatkala para pemain JDT bakal berjuang di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) tidak lama lagi selepas mencipta fenomena musim lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram