Syihan Hazmi Pamer Definisi Penjaga Gol Moden Sebenar
TV
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Tatkala kemenangan Malaysia semuanya tertumpu kepada aksi yang cukup memukau oleh barisan pemain Harimau Malaya, sudut pandang penyokong tidak lekang untuk mengagumi ketenangan yang dipamerkan oleh penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi.

Penjaga gawang negara itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengemudi pintu gol Malaysia berdepan Solomon Islands semalam.

Bekas pemain Negeri Sembilan itu ternyata beraksi dalam kelas tersendiri untuk terus menambat hati barisan kejurulatihan kelab dan juga negara.

Advertisements

Syihan membuktikan dirinya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab ke Piala Asia, Qatar menerusi aksi yang cukup mengujakan.

Sungguhpun barisan pertahanan lambat panas sehingga menyebabkan Harimau Malaya dikejutkan dengan gol awal Solomon Islands, Syihan menjadi watak penting untuk memulihkan semula keyakinan benteng pasukan.

Beberapa klip tular di media sosial memaparkan sosok penjaga gawang berusia 27 tahun ini menampilkan ketenangan untuk membina permainan dari bawah.

Advertisements

Anak jati Kelantan ini beberapa kali ditekan oleh barisan serangan lawan namun ‘umpannya’ seringkali mengena.

Beliau tidak mula gelabah apabila diberikan tekanan dari pelbagai sudut malah bijak menghidu rakan sepasukan untuk mengatur permainan.

Gelagat pengulas perlawanan Astri Arena, Zainal Abidin Rawop tidak mahu Syihan ‘bermain dengan api’ telah membuktikan kualiti yang dimiliki oleh pemain ini.

Advertisements

Kemampuan JDT untuk menggilap potensi sebenar bekas penjaga gol PJ City ini membolehkannya beraksi dengan cukup baik selain keserasian yang sudah pun wujud bersama rakan sepasukan memberi kelebihan.

Syihan memiliki ciri-ciri istimewa selaku penjaga gol era moden yang selesa memainkan bola di kaki, tenang menghadapi tekanan pihak lawan dan bijak membuka permainan bagi melancarkan serangan.

Aspek ini juga menjadi perkara penting terutamanya di Eropah dengan rata-rata kelab di sana berlumba-lumba mencari penjaga gol seperti ini.

Advertisements

Beliau dijangka akan terus menjadi pilihan Pan-gon bagi menghadapi tentangan Papua New Guinea untuk mengutip mata maksimum FIFA.

Klip video: Aksi tenang Syihan

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram