Hong Wan Pamer Definisi Pemain Tengah Moden Sebenar
Piala FA
JST
Advertisements

Perancang tengah berbakat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nathaniel Shio Hong Wan memastikan pasukannya mengekalkan kejuaraan Piala FA 2023.

Kedua-dua pasukan menurukan kesebelasan terbaik dalam misi merangkul kejuaraan penting sambil Harimau Selatan mahu mendakap trofi kedua musim ini.

Aksi bagaimanapun tertumpu kepada kecemerlangan pemain berusia 22 tahun itu mengemudi jentera tengah JDT untuk meranapkan impian The City Boys.

Advertisements

Ketenangan yang dipamerkan bekas pemain Wolves ini jelas menjadi kunci kepada kemenjadiannya sambil membentuk persefahaman yang baik bersama Afiq Fazail dan Leandro di bahagian tengah.

Beliau lebih berfungsi untuk memberikan keseimbangan kepada pertahanan tuan rumah dan beberapa kali membantu pasukan untuk memulakan serangan dari bawah.

Detik penting buat Hong Wan diserikan lagi apabila beliau menjaringkan gol pertama perlawanan apabila ruang yang terbuka luas dimanfaatkan olehnya dengan melepaskan satu rembatan kencang menewaskan Kevin Ray Mendoza.

Advertisements

Gol tersebut juga merupakan jaringan pertama pemain kelahiran Croydon, England ini sejak bersama dua musim lalu.

Perancang tengah berbakat ini jelas tidak terbeban untuk menggalas tugas yang sebelum ini dikendalikan oleh pemain berpengalaman JDT, Natxo Insa.

Keputusan perlawanan menyaksikan JDT berjaya dinobatkan selaku juara Piala FA menerusi kemenangan 2-0 ke atas KL City.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram