Pernah Menyinar Di Thailand, Kini Dominic Tan ‘Jantung’ Pertahanan Sabah FC
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Pemain pertahanan Sabah FC, Dominic Tan kini menjadi nadi utama di barisan pertahanan pasukan untuk membawa cabaran yang lebih besar buat pasukan musim ini.

Bekas pertahanan pasukan JDT ini memilih untuk membawa cabaran bersama pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas berkelana hampir 3 tahun di bumi Thailand.

Pertahanan tinggi lampai itu dilihat menjadi pilihan utama Kim Swee untuk mengetuai posisi pertahanan tengah pasukan di bawah bayu itu.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Dominic dilihat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang ditimba ketika beraksi bersama pasukan Police Tero FC ini untuk membentuk persefahaman yang baik bersama rakan sepasukan.

Malah, pemain berusia 25 tahun ini menggalas tanggungjawab yang cukup besar apabila sudah pun beraksi dalam kesemua perlawanan Liga Super musim ini.

Kekebalan Dominic untuk mengekang asakan bertali arus lawan selain memiliki ketenangan luar biasa ternyata menjadi aset penting Sabah apabila hanya tewas sekali dalam 3 perlawanan awal.

Advertisements

Hal ini terbukti apabila Sabah berjaya mengekang barisan serangan Melaka United yang terdiri daripada pemain-pemain import berkualiti seperti Sony Norde dan juga Emmanuel Oti.

Kini, Sabah FC berada pada kedudukan keempat dalam saingan liga selain bakal berdepan Sarawak United esok dalam usaha untuk terus memperbaiki kedudukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram