Dortmund Bantai Lion City Sailors Di Singapura
Dunia
Borussia Dortmund
Advertisements

Borussia Dortmund memulakan jelajah Asia mereka dengan bergaya selepas membelasah pasukan Liga Premier Singapura, Lion City Sailors 7-2 di Stadium Jalan Besar hari ini.

Walaupun dikatakan menampilkan pasukan kedua, Der BVB diperkuatkan dengan kapten Emre Can dan bekas penyerang remaja Arsenal Donyell Mallen. Tetapi pasukan pelawat terpaksa menunggu sehingga minit ke-31 untuk membuka tirai jaringan menerusi Mallen.

Tiga minit selepas itu, penyerang Belanda itu meledakkan gol kedua bagi meletakkan Dortmund di hadapan. Mallen mencipta hatrik menerusi gol ketiga pada minit ke-45 dengan keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Separuh masa kedua menyaksikan Dortmund membuat lapan pertukaran pemain. Tetapi itu langsung tidak menjejaskan kelancaran permainan anak-anak buah Edin Terzic untuk meledakkan gol tambahan pada minit ke-65, 74, 85 dan 87. Lion City menjaringkan dua gol saguhati menerusi Gabriel Quak (minit ke-68) dan bekas pemain import Terengganu, Faris Ramli pada minit ke-91.

Kini, fokus Dortmund seterusnya ialah perlawanan persahabatan kedua jelajah mereka menentang pasukan gergasi Liga Malaysia, JDT. Kalau pasukan Singapura bertaraf Asia Tenggara seperti Lion City berdepan kesukaran mengekang asakan pemain-pemain pasukan kedua Dortmund, apa pula peluang JDT?

Yang pasti, perlawanan ini dijangka akan menarik perhatian ramai penyokong JDT dan Malaysia di sebalik keriuhan menonton perlawanan-perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar. Der BVB bakal berdepan Harimau Selatan pada 28 November di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 7.00 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram