DPMM Destinasi Baharu Samuel Somerville
MakanBola
Selangor FC

Selepas meninggalkan Selangor FC, Samuel Somerville memilih berkelana ke Brunei untuk menyertai DPMM FC.

Ini selepas DPMM mengumumkan senarai tiga pemain baharu Malaysia yang menyertai pasukan itu untuk kempen musim 2026/27.

Kehadiran Somerville dilihat memperkuat bahagian penjaga gol kelab itu selepas melepaskan penjaga gol Brazil, Michel Americo dos Santos.

Penjaga gol berusia 31 tahun itu akan bersaing dengan Haimie Nyaring untuk slot penjaga gol utama. Somerville menghabiskan separuh kedua musim 2025/26 dengan menyertai Melaka FC.

Anak jati Bracknell, United Kingdom itu merekodkan dua perlawanan tanpa bolos dan hanya dibolosi 14 kali sepanjang bersama Melaka. Selain Selangor dan Melaka, Somerville juga pernah mewakili Penang FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Selain bekas penjaga gol Farnborough itu, DPMM turut merekrut pemain Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), Farris Izdiham Awang Kechik dan bek tengah Imigresen FC, Nick Swirad.

DPMM turut mengekalkan khidmat bekas pemain pertahanan Perak FC, Tommy Mawat Bada. Di samping itu, bekas kapten Dundee, Clark Robertson menjadi pemain import terbaru DPMM.