Dr. Johan Bagi Satu Dua Kata Buat Selangor FC

Dr Johan Dr. Johan Bagi Satu Dua Kata Buat Selangor FC
Selangor FC

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon memberikan satu kenyataan rasmi berkaitan aksi buruk pasukannya di media sosial rasmi Selangor.

Menurutnya, kekalahan demi kekalahan dalam beberapa aksi terakhir Selangor tidak boleh diterima.

“Keputusan beberapa perlawanan terakhir ini tidak boleh diterima.

“Ini bukan tahap Selangor FC yang sepatutnya. Kelab menuntut lebih banyak daripada pasukan dan mereka tiada alasan untuk gagal di atas padang,” ujar Dr. Johan seperti yang disiarkan di Facebook rasmi Selangor FC.

Sebelum ini Selangor tewas dalam beberapa perlawanan terakhir pasukan dan terbaru mereka tewas 0-1 kepada pasukan yang sedang bergelut, Petaling Jaya City.

Sejurus perlawanan tamat juga, penyokong Selangor berkumpul di luar stadium dan meluahkan kekecewaan beramai-ramai.