Drama Haaland dan VAR Di Minggu UCL
Dunia
Advertisements

Ketika perlawanan UCL yang lalu antara Dortmund dan Sevilla, berlaku satu drama yang menarik antara VAR dan Haaland di separuh masa kedua.

Pada minit ke-47, Haaland telah menjaringkan gol kedua Dortmund namun apa yang mengejutkan adalah pengadil tidak memberikan gol sebaliknya memberikan pasukan Dortmund penalti.

Ini kerana sebelum gerakan serangan yang berakhir dengan gol Haaland, VAR mengesan berlaku kekasaran terhadap Haaland dalam kotak penalti oleh Jules Kounde.

Advertisements

Kounde dilihat menolak Haaland sebelum penjaga gol Sevilla, Bono menangkap bola itu dan menyambung kembali permainan.

Sepakan penalti Haaland kemudiannya mengenai tiang gol dan sepakan susulannya berjaya ditepis Bono. Sevilla dengan pantas melakukan counter attack.

Namun sekali lagi VAR mengesan berlaku foul ketika sepakan penalti iaitu penjaga gol Sevilla, Bono telah keluar daripada garisan gol sebelum sepakan Haaland.

Advertisements

Haaland akhirnya berjaya untuk sepakan penalti yang kedua dan meraikannya ke arah penjaga gol Sevilla.

Beberapa pemain Sevilla dilihat tidak berpuas hati dengan keraian Haaland dan akhirnya Haaland dilayangkan kad kuning kerana mengejek Bono.

Perlawanan berakhir seri 2-2 namun Dortmund layak menerusi agregat 5-4.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram