‘Drogba Ganu’ Mahu Rakan Sepasukan Hadam Taktikal Jurulatih
Dunia
Officialterengganufc
Advertisements

Penyerang sensasi Terengganu FC, Kipre Tchetche menyatakan bahawa beliau mahu rakan sepasukanya hadam dengan betul taktikal yang dilaksanakan oleh jurulatih.

Meskipun beraksi di tempat sendiri kelak, beliau menjelaskan pasukan sudah pasti akan bermain habis baik untuk berusaha mencari kemenangan menjelang pertemuan dengan Melaka United dalam aksi Liga Super. 

Pemain kelahiran Ivory Coast yang digelar ‘Drogba Ganu’ itu percaya dengan tahap motivasi beliau dan pasukan yang mampu memberikan aksi yang cemerlang bagi menentang Melaka sebelum membuat perhitungan pada final Piala FA Sabtu depan. 

Advertisements

“Beraksi di tempat sendiri sudah tentu kami mahu melakar kemenangan lebih-lebih lagi motivasi kami berada pada tahap terbaik sebelum beraksi pada perlawanan akhir Piala FA nanti.”

“Dengan tempoh rehat yang panjang iaitu hampir dua minggu selepas menumpaskan Sri Pahang FC bulan lalu, ianya juga memberi kerehatan yang cukup kepada kami selain mempunyai persediaan yang rapi.”

“Bagaimanapun pesanan buat diri dan rakan sepasukan perlu berwaspada dengan ancaman lawan dengan beraksi mengikut perancangan jurulatih agar tiga mata menjadi milik TFC bagi merapatkan lagi kedudukan dengan pasukan di tangga ketiga liga,” katanya Harian Metro.

Advertisements

Terengganu akan bertemu Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram