Saingan Malaysia Masters 2026 bakal menyaksikan dua gandingan baharu dalam acara beregu campuran.
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin telah berpisah. Ini selepas Pang Ron memilih meninggalkan badan induk itu.
BAM turut mengesahkan Jimmy Wong telah kembali menyertai badan induk itu. Beliau akan bergandingan dengan Su Yin sebagai gandingan baharu dalam acara beregu campuran
Bekas rakan gandingan Jimmy, Lai Pei Jing pula akan bergandingan dengan Pang Ron sebagai kombinasi baharu acara sama.
Sekiranya semua berjalan lancar, Malaysia Masters bakal menjadi pentas sulung buat dua regu campuran baharu Malaysia itu.
Semasa bergandingan dengan Su Yin, gandingan itu pernah menduduki ranking ke-13 dunia. Mereka juga pernah bergelar naib juara China Masters pada 2024.
Gandingan Jimmy-Pei Jing menunjukkan rentak positif apabila bergelar naib juara tujuh kejohanan pada tahun lalu. Ini termasuk naib juara Korea Masters 2025.