Dua Bintang England Mahu Tukar Kerakyatan, Impi Wakili Ghana Di Piala Dunia
Dunia
wikipedia
Advertisements

Dua bintang England iaitu Callum Hudson-Odoi dan Tariq Lamptey menjadi sasaran pasukan Ghana untuk menukar status kerakyatan bagi memperkuatkan skuad hadapi Piala Dunia di Qatar nanti.

Hal ini kerana dua bintang England ini tidak diberi peluang beraksi buat skuad England walaupun mereka sedang mencapai tahap prestasi yang terbaik.

Menurut Goal.com, pihak Ghana FA sedia memujuk dua pemain ini untuk beraksi bersama Ghana oleh kerana mereka ini memiliki keturunan Ghana.

Advertisements

Pengarah komunikasi Ghana FA Henry Asante Twum memberitahu Citi TV: “Jika kita bangun esok dan jurulatih baharu Black Stars mahukan Tariq [Lamptey], Hudson-Odoi, sesiapa sahaja yang ada,  kita akan melihat peraturan dan kemungkinan mendapatkannya.  Jika ia dalam jangkauan kita, kita kejar.

Jika mengikut undang-undang, pertukaran kewargenaraan adalah sepatutnya perlawanan terakhir bersama skuad kebangsaann sudah melebihi tiga tahun. Kali terakhir Callum Hudson-Odoi beraksi untuk England adalah tiga tahun lalu (2019).

Bagi Tariq Lamptey, pemain muda ini masih belum mewakili pasukan senior England dan hanya beraksi dua perlawanan sahaja bersama skuad kebangsaan England Bawah 21 tahun.

Advertisements

Ghana berada di kumpulan H iaitu Portugal, Uruguay dan Korea Selatan dimana masing-masing memiliki peluang untuk layak ke pusingan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram