Dua Bintang Kelantan Bakal Sertai Kedah?
Transfer
Fazrul Amir
Advertisements

Khabar angin melibatkan dua pemain muda Kelantan FC, Fazrul Amir dan Muhaimin Izuddin ke pasukan Kedah Darul Aman dilihat semakin menjadi kenyataan.

Ini selepas hantaran yang dimuatnaik oleh Fazrul Amir di akaun Instagram peribadi miliknya yang mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, staf, rakan sepasukannya dan para penyokong yang sentiasa bersamanya.

“Terima kasih kepada jurulatih, staf, pemain dan semua penyokong Kelantan yang selalu mendoakan kejayaan saya. Semoga kita berjumpa lagi”, ujar beliau di kapsyen.

Advertisements

Muhaimin Izuddin juga dilihat meninggalkan komen yang memberi bayangan bakal kembali bermain bersama Fazrul di kelab yang sama beserta emoji berbentuk hati berwarna hijau yang sinonim dengan pasukan Kedah.

Fazrul dan Muhaimin meninggalkan pasukan The Red Warriors setelah dua musim menabur bakti di sana dan pencapaian terbaik mereka adalah membantu Kelantan bergelar naib juara Liga Perdana bagi musim 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram