Dua Destinasi Terbaik Kembalikan Sentuhan Aidil Zafuan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim, Aidil Zafuan Abd Radzak kini dikaitkan dengan perpindahan ke dua kelab Liga Super Malaysia.

Aidil yang kini sudah mencecah usia 35 tahun dijangka akan ditamatkan kontrak bersama JDT hujung tahun ini. Jika disemak menerusi laman sesawang Transfermarkt.com, kontrak Aidil bersama JDT akan tamat pada 30 November 2022.

Anak jati Negeri Sembilan ini dikhabarkan bakal kembali perkuat pasukan Negeri Sembilan atau menukar angin terbang ke bumi di bawah bayu dengan menyertai pasukan Sabah FC untuk saingan musim depan.

Advertisements

Untuk rekod, sepanjang bersama JDT sejak 2013 Aidil telah memenangi takhta Liga Super sebanyak lapan kali. Menjuarai Piala FA satu kali, Piala Malaysia dua kali dan Piala Sumbangsih sebanyak tujuh kali.

Aidil juga telah membawa JDT melakar sejarah buat arena bolasepak Malaysia dengan memenangi trofi Piala AFC pada 2015.

Berkemungkinan besar, ini merupakan musim terakhir Aidil bersama Harimau Selatan kerana beliau dilihat semakin sukar untuk merebut tempat berada dalam skuad kesebelasan utama JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram