Dua Jurulatih Eropah Anggap Malaysia Jauh Lebih Kuat Berbanding 7 Tahun Lalu
MakanBola

Kualiti yang dimiliki oleh skuad Malaysia telah membuka mata jurulatih Eropah.

Aksi Pestabola Merdeka 2024 menyaksikan Malaysia muncul juara menewaskan Lubnan dengan keputusan 1-0.

Persembahan hebat skuad menerima pujian Ketua Jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic yang mengesan perubahan ketara kualiti Malaysia berbanding aksi yang ditampilkan pada beberapa tahun kebelakangan ini.

”Perbezaan yang sangat ketara dengan Malaysia dahulu terutamanya dengan 7-8 pemain warisan. Mereka (Harimau Malaya) memiliki kualiti yang hebat dan mereka kini adalah pasukan terbaik.

Lubnan juga bergelut untuk menembusi gawang negara sepanjang 90 minit bermain sambil Radulovic yakin skuad kebangsaan Harimau Malaya bakal bertambah baik pada masa hadapan.

“Kami (Lubnan) berada dalam Balang 1 manakala Malaysia dalam Balang 2, mungkin kita akan bertemu semula, kita tengok Disember nanti.

“Walau bagaimanapun, kalian (Malaysia) mempersiapkan skuad yang sangat kuat,” jelasnya.

Pengendali Chinese Taipei iaitu Gary White sebelum ini mahu mengikut langkah yang dilakukan oleh Malaysia bagi memperkuat skuad negara.

Antara langkah yang mahu digunakan olehnya adalah mencari lebih ramai pemain warisan yang berkelana di luar negara.

“Ia sebahagian daripada perancangan untuk mengambil pemain warisan. Ramai pemain beraksi di US dan Jepun. Kita dalam fasa untuk mengikut jejak langkah Malaysia kerana kita perlukan pemain berkualiti,” katanya.

Malaysia bagaimanapun tewas 4-0 di tangan New Zealand sekaligus terlepas peluang meraih tambahan mata FIFA.