Dua Kelab Pantai Timur Jadi Destinasi Safawi Rasid
Transfer
Advertisements

Semalam, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengumumkan statusnya sebagai pemain pinjaman di Ratchaburi sudah berakhir. Tidak lama selepas pengumuman tersebut dibuat, sudah ada ura-ura dua pasukan dari Pantai Timur bakal dipilih sebagai pasukan barunya.

Hal ini dinyatakan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di Twitter semalam. Kehadiran semula Safawi bakal merancakkan lagi kemeriahan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Satu pasukan yang sudah diketahui berminat mendapatkan pemain sayap JDT itu ialah Terengganu. Ini berdasarkan ulasan jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner berkenaan hal tersebut lebih sebulan yang lalu.

Advertisements

Dalam temubualnya bersama Astro Arena, jurulatih Croatia itu menyifatkan kehadiran Safawi mampu memperkuat jentera serangan skuad Peteh. Selain itu, Steinbruckner melihat anak jati Dungun itu mampu menjadi mentor kepada pemain-pemain muda Terengganu.

Tidak kira pasukan mana yang akan dipilih Safawi, pemain sayap Harimau Malaya itu mampu menjadi aset pasukan bukan saja dari segi gol dan bantuan gol. Malah, pengalaman yang dimiliki mampu membantu pasukan yang dipilihnya untuk lebih maju selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram