Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, memaklumkan sudah menghubungi dua ‘Orang Kuat’ Selangor bagi memberi keterangan lanjut.
Dua orang tersebut merupakan ahli pengurusan Selangor FC yang telah menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada individu panggilan tak dikenali.
“Semalam kita sudah hubungi dan akan ambil keterangan kedua-dua mereka,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan kejadian, di sini hari ini,” kata Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menurut laporan Berita Harian.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Johan Kamal Hamidon menerima ugutan menerusi panggilan tidak dikenali selepas satu hati kejadian Faisal Halim berlaku.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini difahamkan telah mengesan cap jari suspek di tempat kejadian. Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti suspek.
Faisal Halim petang semalam baru sahaja selesai pembedahan kedua dan telah menunjukkan perkembangan positif apabila beliau sudah memulakan latihan ringan di Hospital.