Advertisement
Dua Pasukan Elit Tarik Diri Lawan Malaysia?
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia berpeluang hilang lawan pada bulan Oktober ini selepas salah sebuah pasukan berkemungkinan menarik diri daripada bertemu skuad negara.

Persediaan pasukan bimbingan Kim Pan-gon bermula dengan cukup konsisten termasuklah kejohanan Pestabola Merdeka yang diadakan untuk mempersiapkan skuad kebangsaan.

4 pasukan telah bersetuju untuk menyertai kejohanan ini iaitu Malaysia selaku tuan rumah, India, Palestin dan Lubnan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagaimanapun berkemungkinan perlu mencari lawan baharu selepas dua pasukan yang bakal menyertai Pestabola Merdeka diundi dalam kumpulan yang sama di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Dua pasukan ini merujuk kepada Palestin dan Lubnan yang diundi dalam kumpulan I bersama Australia dan juga Maldives/Bangladesh.

Hal ini menyebabkan mereka berisiko untuk bertemu sesama sendiri sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mungkin salah sebuah pasukan akan menarik diri.

Perkara ini bagaimanapun belum diputuskan oleh mana-mana pihak tatkala kejohanan ini akan bermula tiga bulan dari sekarang.

Berdasarkan ranking semasa, Palestin berada di kedudukan ke-93 dunia, Lubnan (100) dan India (106) akan beraksi dalam penganjuran semula Pestabola Merdeka yang kali terakhir diadakan pada 2013.

Pestabola Merdeka menjadi medan terbaik buat skuad negara memperbaiki kelemahan sebelum berdepan dua kejohanan besar iaitu Kelayakan Piala Asia dan Piala Asia di Qatar.