Dua Prospek Muda Thailand Dirisik Pasukan Dari Liga Jepun
Dunia
buriramunitedofficial
Advertisements

Dua pemain utama daripada kelab gergasi Thailand, Buriram United iaitu Supachok dan Suphanat difahamkan bakal dirisik pasukan daripada Liga Utama Jepun, Consadole Sapporo.

Consadole Sapporo merupakan kelab yang beraksi dalam saingan J1 League musim ini dan kini menduduki tangga ke-11 dalam liga.

Supachok Sarachat, pemain berusia 23 tahun yang kini sedang dalam prestasi terbaiknya mengemudi bahagian tengah pasukan Buriram United.

Advertisements

Seorang lagi iaitu Suphanat Muenta, berusia 19 tahun dan bermain di bahagian sayap juga merupakan tonggak penting Buriram United.

Untuk rekod, kedua-dua adik beradik ini berada di skuad utama Thailand dimana mereka berjaya membawa kejuaraan Piala AFF Suzuki 2021 baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, mereka turut berjaya membantu pasukan Buriram United muncul juara bagi saingan Liga Utama Thailand (Thai Revo League) bagi musim 2021-2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram