Dua tonggak negara ke-26 ranking FIFA dijangka memilih untuk memperkuat Malaysia dalam masa terdekat.
Revolusi skuad Harimau Malaya yang dicetuskan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor semakin melangkah dengan lebih gagah.
Beberapa orang barisan kejurulatihan skuad kebangsaan telah diumumkan termasuklah ketua jurulatih, Peter Cklamovski termasuklah pembantunya iaitu Mark Milligan.
Usaha untuk memantapkan barisan kejurulatihan dijangka diteruskan selepas beberapa nama jurulatih luar negara mula dikaitkan untuk menyertai barisan kejurulatihan Malaysia.
Menerusi beberapa laporan, Harimau Malaya dijangka menerima seorang lagi jurulatih muda yang memiliki reputasi baik di Australia.
Beliau juga sebelum ini bersama salah sebuah kelab di A-League dan membantu pasukan untuk beraksi cemerlang sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Bukan itu sahaja, calon jurulatih penjaga gol negara juga dijangka hadir dari Australia dengan beberapa nama mula dikaitkan untuk menyertai Harimau Malaya.
Seorang jurulatih penjaga gol berpengalaman Australia dijangka berada dalam radar skuad negara selain pernah melatih kelab ternama sebelum ini.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya dijangka lengkap menjelang aksi permulaan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini.