Advertising
Dua Tugasan Besar Menanti Skuad Futsal Negara, Bersaing Di Asia
UltraSukan
Changsuek

Skuad futsal Malaysia memiliki dua tugasan besar untuk tahun 2025.

Dua tugasan tersebut ialah pusingan kelayakan Piala Asia Futsal 2026 dan Sukan SEA 2025. Pusingan kelayakan Piala Asia Futsal 2026 bakal berlangsung dari 13 hingga 26 Oktober ini.

Ad

Temasya Sukan SEA 2025 yang diadakan di Chonburi, Thailand pula bakal berlangsung pada Disember 2025.

Ad

Skuad negara yang dibimbing Rakhpol Sainetngam berharap dapat layak ke Piala Asia Futsal buat kali pertama sejak 2018.

Malaysia gagal layak ke Piala Asia Futsal 2024 selepas terkandas dalam pusingan kelayakan kejohanan yang berlangsung pada Oktober 2023.

Ad

Pencapaian terbaik skuad futsal Malaysia dalam kejohanan itu ialah pusingan kedua (Plate) pada edisi 2005. Skuad negara pada ketika itu dibimbing jurulatih Brazil, Silvio Sergio Machado.

Ad

Temasya Sukan SEA turut memberi peluang kepada skuad negara memperbaiki pencapaian mereka.

Ad

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara futsal ialah dua pingat perak yang diraih pada Sukan SEA edisi 2007 dan 2017.

Pengalaman tahun 2024 dilihat bakal membantu skuad futsal Malaysia bersiap sedia menghadapi dua tugasan berkenaan.