Pertemuan dua pasukan yang bersaing di pentas AFC iaitu KL City dan juga Kedah Darul Aman berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 2-1.
Kedua-dua pasukan bermula dengan cukup baik apabila saling bertukar serangan.
Walau bagaimanapun, KL hampir memevah kebuntuan menerusi rembatan Romel Morales pada minit ke-5 sebelum rembatan susulan Fakhrul Aiman singgah di palang gol.
Kedah juga mempunyai percubaan yang agak baik menerusi sepakan percuma namun sedikit melewati palang gol.
Pasukan pelawat berjaya menemui gol pendahuluan apabila hantaran lintang cantik berjaya disempurnakan menerusi satu tandukan oleh Aiman Afif sebelum babak pertama tamat.
Bersambung separuh masa kedua, KL cuba mendapat gol penyamaan namun usaha itu dihalang oleh barisan pertahanan Kedah.
Anak buah Aidil Sharin hampir menambah jaringan tatkala keadaan dalam kawasan KL berada dalam keadaan kelam-kabut.
Namun begitu, The City Boys kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pemain baharu mereka, Jordan Mintah untuk membawa kedudukan menjadi 1-1.
Kedah berpeluang untuk menjaringkan gol kedua namun sepakan penalti Ronald Ngah Wanja tersasar ke palang gol sekaligus memberi tekanan kepada pasukan pelawat.
Mintah sekali lagi membuktikan ketajaman di hadapan gawang apabila menjaringkan gol kedua buat KL City.
Kedua-dua saling berbalas serangan dengan Mintah melepaskan peluang keemasan untuk meledak hatrik malam ini.