Dulu Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Untuk Malaysia
Dunia
Vietnam Insider
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan pernah menawarkan diri kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi skuad kebangsaan Malaysia.

Pengendali berusia 65 tahun itu telah bersama pasukan kebangsaan Vietnam hampir 5 tahun dan membawa era kegemilangan kepada bola sepak di sana.

Namun begitu, beliau difahamkan amat berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pengendali Harimau Malaya ketika Tan Cheng Hoe meninggalkan posisi tersebut.

Advertisements

Kata akhir daripada FAM menyaksikan Kim Pan-gon dipilih bagi mengetuai projek bola sepak di Malaysia.

Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh peminat tegar bola sepak Terengganu, Piank Shankly menerusi satu hantaran di laman Twitternya.

Beliau juga tidak lagi meneruskan perkhidmatannya bersama pasukan kebangsaan Vietnam dan kontraknya bakal tanat penghujung bulan ini.

Advertisements

Park Hang-seo turut membuat penafian bahawa beliau berminat untuk mengendalikan skuad kebangsaan Indonesia dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, beliau telah mencapai pelbagai kejayaan bersama Vietnam termasuklah kejuaraan Piala AFF 2018 selain dua pingat emas di Sukan SEA pada 2019 dan 2021 menjadi kenangan yang cukup bermakna di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram