Duo Berbisa Bakal Pulang Ke Pangkuan KL City?
Transfer
KL City FC
Advertisements

Dua orang bekas pemain KL City dijangka bakal kembali menyarung jersi pasukan berkenaan bagi menghadapi Liga Malaysia pada musim hadapan.

Dua pemain yang dikaitkan tersebut ialah Daniel Ting dan Irfan Zakaria yang kini sedang bermain bersama di Sabah FC di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Desas-desus perpindahan kedua-dua pemain pertahanan ini disahkan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran yang memuatnaik ciapan di laman X milik beliau.

Advertisements

Kedua-dua pemain tersebut difahamkan sedang dipantau oleh kelab yang berpangkalan di ibu negara itu untuk menguatkan benteng pertahanan pasukan bimbingan Nenad Bacina.

Untuk rekod, Daniel Ting dan Irfan Zakaria merupakan bekas tonggak utama pasukan KL City sehingga berjaya membantu pasukan The City Boys menjulang Piala Malaysia 2021.

Advertisements

Walau bagaimanapun Irfan Zakaria memilih untuk membawa haluan baharu pada musim 2022 untuk bersama Kedah dan musim ini beliau menyertai pasukan negeri di bawah bayu itu.

Daniel Ting pula meninggalkan KL City pada 2022 seterusnya menyertai Johor Darul Ta’zim sebelum dipinjamkan ke Sabah pada awal musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram