Duo Cilik Terengganu Beri Sinar Baru Buat Harimau Malaya
Dunia
Instagram: @officialterengganufc
Advertisements

Aksi cemerlang duo sayap Terengganu FC, Muhd Faisal Halim dan juga Faiz Nasir dilihat mampu menyumbang kepada barisan serangan Harimau Malaya pada masa akan datang.

Gandingan mereka berdua dilihat cukup ampuh menerajui barisan serangan pasukan kendalian Nafuzi Zain yang diketuai oleh pemain Import dari Brazil iaitu David Da Silva.

Malah, aksi konsisten yang diperagakan pada musim ini dilihat menjadi tunjang utama buat pasukan Terengganu yang menduduki tangga kedua Liga Super musim ini.

Advertisements

Statistik menunjukkan. bahawa pemain sayap kanan Terengganu, Faisal Halim telah berjaya menjaringkan 4 gol serta melakukan 3 bantuan gol. Tambahan pula, gerakan lincah dan larian derasnya dilihat sukar untuk dirantai mana-mana pertahanan yang berhadapan dengannya.

Selain itu, Faisal juga membentuk gandingan ampuh bersama pemain pertahanan kanan pasukan iaitu Azam Azmi yang kerap membantu pemain kelahiran Pulau Pinang ini ketika melancarkan serangan.

Pemain sayap kiri pasukan, Faiz Nasir juga berjaya menemui rentak permainannya semula apabila turut menjadi watak penting pasukan musim ini.

Advertisements

Pemain kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini turut mempunyai ciri-ciri yang sama, laju bertindak ketika mendapat bola, larian yang pantas serta kebolehan untuk melepasi kawalan pertahanan menjadi aset terbaik buat dirinya.

Ketika ini, Faiz banyak diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk memberi ruang kepada pemain muda seperti Hakimi Abdullah masuk sebagai pemain gantian.

Kini, pemain sayap bertubuh kecil ini telah berjaya menghasilkan 5 bantuan gol menurut Transfermrkt. Kecemerlangan prestasinya ketika ini semestinya menjadi taruhan terbaik buat pasukan itu menghabiskan saingan liga pada kedudukan terbaik.

Advertisements

Kecemerlangan aksi dua anak tempatan ini pastinya mendapat pantauan daripada barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang ingin membentuk gandingan terbaik buat pasukan negara.

Dengan beberapa aksi persahabatan dijadualkan dalam perancangan pada bulan 10 menurut Kalendar FIFA, Tan Cheng Hoe pastinya mempunyai resipi tersendiri dalam merencanakan taktikal pasukan negara jika kedua-dua pemain ini dalam peracangannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram