Egy Maulana Buktikan Dalam Kelas Tersendiri Dengan Jaringan Berkelas Dunia
Dunia
Changsuek
Advertisements

Bintang sensasi Indonesia, Egy Maulana berjaya mencatat nama selaku penjaring dalam perlawanan akhir kedua, Piala AFF Suzuki 2020 semalam. Walaupun Indonesia meraih gelaran naib juara bagi edisi kali ini, namun rata-rata peminat bola sepak Asean memuji prestasi para pemain muda Indonesia.

Egy Maulana Vikri adalah pemain Indonesia yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak. Keghairahan pemain ini untuk meledak gol sering menjadi bualan ramai peminat. Pemain yang sedang berkelana di eropah ini berjaya menunjukkan persembahan memukau sepanjang kempen Piala AFF kali ini.

Beliau berjaya menjaringkan dua gol secara kesuluruhannya pada edisi kali ini ketika membantu skuad Garuda melayakkan diri ke pentas final. Walaupun baru berusia 21 tahun, pemain yang digelar ‘Messi Indonesia’ mempamerkan contoh terbaik buat rakan-rakan lain.

Advertisements

Gol prospek muda Indonesia ini dalam perlawanan semalam telah memperlihatkan kepada kita satu jaringan yang berkelas dunia. Larian Egy ketika meloloskan diri daripada pertahanan Thailand telah membantu beliau meletakkan dirinya berada pada posisi terbaik untuk menjaringkan gol.

Ketenangan, ketepatan dan penyudah sempurna yang dihasilkan Egy membuktikan pengalaman bermain di liga eropah itu pasti memberi nilai tambah kepada peningkatan prestasi seseorang pemain. Gol Egy semalam turut tular diperbualkan sebagai jaringan berkelas dunia di Twitter.

Untuk rekod, Egy Maulana Vikry melengkapkan perpindahan ke FK Senica pada Ogos dan setakat 13 penampilan, beliau berjaya menjaringkan 2 gol di bumi Slovakia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram