Aksi Elanga Buat Hal Gagalkan Rashford Jaringkan Gol, Bruno ‘Pelik’ Kerana Tiada Penalti

Rashford Elanga Aksi Elanga Buat Hal Gagalkan Rashford Jaringkan Gol, Bruno ‘Pelik’ Kerana Tiada Penalti
Sports Bible

Peluang Manchester United untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan liga musim ini digagalkan oleh para pemainnya sendiri apabila Anthony Elanga menghalang peluang yang dimiliki oleh Marcus Rashford untuk menjaringkan gol.

Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan The Red Devils menentang Leicester City itu berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Expand player

Pasukan tuan rumah bermula garang untuk terus mencari gol awal namun kekebalan barisan pertahanan Leicester mengawal keadaan jelas menjadi kunci.

Namun begitu, ketika bersambung babak kedua, pasukan pelawat yang lebih mendominasi permainan memanfaatkan peluang terhidang apabila satu hantaran lintang oleh James Maddison ditanduk masuk oleh Ihenacho untuk gol pertama Leicester.

Manchester United tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah, Fred yang memanfaatkan bola muntah di hadapan gol hasil sepakan Bruno Fernandes.

Percaturan Ralf Ragnick untuk membawa masuk Marcus Rashford bagi memperoleh gol nyata memberi impak sehingga menuju ke wisel penamat permainan.

Peluang terbaik pasukan Machester United hadir pada masa kecederaan untuk membawa pulang tiga mata gagal apabila para pemainnya ’naik sheikh’ dalam kotak penalti lawan.

Rashford telah pun melakukan satu larian yang cukup baik untuk meluru masuk dan menewaskan beberapa orang pemain pertahanan sebelum dibentes dengan cukup kemas oleh rakan sepasukannya, Elanga.

Tindakan aneh tersebut amat mendukacitakan penyokong setia Manchester United tatkala mereka berpeluang untuk memperoleh gol kemenangan pada saat akhir.

Namun begitu, perancang tengah Manchester United, Bruno Fernandes bertindak untuk meluru ke arah pengadil untuk meminta sepakan penalti diberikan sedangkan jelas Elanga berada pada kedudukan offside dan menghalang Rashford untuk melepaskan rembatan.

Manchester United kini berada ke-6 liga dengan memperoleh 51 mata selepas mengharungi 30 perlawanan.