Ronaldo Berikan Elaun Tetap RM431 Ribu Setiap Bulan Kepada Tunangnya
Dunia
Advertisements

Beruntung bermain bola sepak di Eropah berikutan pendapatan yang sangat lumayan. Namun sebanyak manapun jumlah gaji yang diterima ianya sukar untuk melawan kegembiraan diterima tunang Cristiano Ronaldo.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan akhbar The Sun UK, Georgina Rodriguez menerima elaun tetap sebanyak £80,000 setiap bulan daripada Ronaldo.

Elaun tinggi yang diberikan Ronaldo ini adalah berikutan gaya hidup mewah pasangan ini di Turin, Itali.

Advertisements

Ronaldo menerima bayaran gaji di Juventus sebanyak £28 juta setahun iaitu kira-kira RM151 juta dan bayaran sebanyak RM431 ribu sebulan kepada tunangnya ini ibarat membuang sisa-sisa daging di celah gigi sahaja buat pemain bola seperti Ronaldo.

Walaupun nilai bayaran ini banyak, Ronaldo dilaporkan gembira kerana tunangnya ini sanggup menjaga 4 orang anak tanpa merungut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram