Elavarasan: Falsafah Sama, Tapi Lebih Agresif
Dunia
fam
Advertisements

Ketua jurulatih baharu skuad kebanggsaan bawah 23 tahun, E. Elavarasan menegaskan bahawa skuad muda ini akan diterapkan dengan falsafah yang sama dengan apa yang telah dilakukan dalam kem skuad senior. 

Namun, beliau menjelaskan bahawa intensiti dalam latihan akan dipertingkatkan untuk menjadikan skuad muda ini tampak lebih aggresif daripada pasukan senior.

Menurut sidang media pagi tadi, E. Elavarasan bakal dibantu jurulatih daripada Sepanyol, Juan Torres Garrido, dua lagi jurulatih daripada Korea Selatan iaitu Park Jihyeon dan Lee Jeyoon serta jurulatih khas penjaga gol akan diketuai oleh Kris Yong. 

Advertisements

“Kami pastinya mengikut prinsip  sama pasukan senior kami, Tetapi untuk skuad B-23 kami akan lebih agresif dengan sesi latihan kami. 

Bekas jurulatih Sarawak United ini mahu menanam sifat keyakinan yang tinggi kepada setiap pemain untuk mereka membuktikan kemampuan sebenar ketika beraksi di atas padang. 

“Kami mahu pemain lebih yakin, lebih agresif daripada pasukan senior ketika ini,” katanya dalam sidang media bersama FAM.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram