Elias Dolah Kongsi Sebab Memilih Thailand Berbanding Malaysia
Asia Tenggara
Elias Dolah
Advertisements

Bek tengah Bali United dari Thailand, Elias Dolah memilih mewakili negara itu atas sebab kaum keluarganya termasuk bapanya memiliki kerakyatan Thailand.

Lahir di Sweden, Elias berpeluang mewakili tiga negara sebagai pemain bola sepak iaitu Thailand, Malaysia dan Sweden.

Ini kerana ibu dan bapanya masing-masing berstatus warga Sweden dan Melayu Thai yang berasal dari Narathiwat, Thailand.

Advertisements

Dan memandangkan datuk dan nenek Elias berasal dari Kelantan, Elias juga berpeluang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, aspek kerakyatan dan peluang beraksi di Thailand mendorong beliau memilih negara itu pada akhirnya.

Advertisements

“Bapa saya tidak memegang kerakyatan Malaysia, dia merupakan warga Thailand. Kebanyakan ahli keluarga saya menetap di Thailand.

“Atas sebab itu, saya datang ke Asia untuk bermain bola sepak. Dan saya datang ke Thailand untuk bermain dan mendapatkan kewarganegaraan di Thailand,” katanya kepada MakanBola.

Advertisements

Elias turut mengakui tidak pernah dihubungi oleh sesiapa termasuk FAM selepas membuat pilihannya itu.

“Tidak, tidak. Saya tak dihubungi sesiapa selepas memilih mewakili Thailand,” tambahnya.

Advertisements

Elias kini berharap dapat membantu Thailand mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menerima panggilan menyertai skuad Gajah Perang seperti didedahkan ASEAN Football.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram