Elkan Baggott Bakal Dipinjamkan Lagi
Dunia
elkanbaggott
Advertisements

Pertahanan muda Indonesia, Elkan Baggott dikhabarkan bakal dipinjamkan ke kelab lain untuk musim 2023/2024.

Hal ini selepas ketua jurulatih pasukan Ipswich Town, Kieran McKenna memberi bayangan bakal meminjamkan tonggak muda Sang Garuda itu ke pasukan lain. Beliau melihat perkara itu sebagai jalan terbaik buat pemain berusia 20 tahun itu peroleh minit permainan dan menempa pengalaman.

“Kami sedang berbincang mengenai kariernya. Ada kemungkinan dia (Elkan) bakal dipinjamkan musim ini untuk menambah pengalamannya. Itu juga peluang buat dirinya meningkatkan kualiti yang dimiliki,” kata McKenna seperti yang dipetik daripada NusaBali.Com.

Advertisements

Elkan pada musim lalu, tidak tersenarai dalam skuad utama Ipswich dan beliau telah dipinjamkan ke kelab divisyen tiga England iaitu Cheltenham Town.

Sejak penghijrahan beliau ke pasukan Ipswich Town, beliau telah dipinjamkan sebanyak tiga kali iaitu bersama King’s Lynn Town pada 2021, Gillingham pada 2022-2023 dan Cheltenham Town. Kontrak Elkan yang termeterai bersama Ipswich Town bakal tamat pada 2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram