fbpx

England Robohkan Tembok Jerman

1,410 views

Trending Hari Ini

Sorry. No data so far.

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pasukan kendalian Gareth Southgate berjaya untuk membenam cabaran pasukan Jerman dengan jaringan 2-0 pada pusingan 16 terbaik di laman sendiri awal pagi ini.

Permainan yang cukup berintensiti tinggi dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan asakan bertali arus dilancarkan untuk menembusi gawang kedua-dua pasukan pada babak pertama. German kelihatan lebih dominan dengan percubaan-percubaan berbahaya dilancarkan ke arah gawang England. Peluang terbaik skuad England hadir pada akhir babak pertama namun disia-siakan oleh Harry Kane.

Kemasukan pemain gantian, Jack Grealish pada babak kedua perlawanan memberi dimensi baharu untuk skuad The Three Lions itu menjaringkan gol melalui gerakan-gerakan yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan pasukan German yang diketuai oleh pertahanan berpengalaman, Mat Hummels.

Gol kemenangan England dijaringkan oleh Raheem Sterling dan kapten pasukan, Harry Kane meledak jaringan kedua pada minit ke 86 sekaligus menutup peluang Jerman untuk bangkit pada perlawanan ini.

Menanti pasukan England di Rome nanti ialah pasukan Ukraine yang berjaya menundukkan Sweden dengan jaringan 2-1.

Aksi tersebut juga menjadi perlawanan terakhir Joachim Low mengendalikan skuad Jerman setelah mengambil keputusan untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick.

Rangkuman perlawanan: England 2-0 England

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram