EPL: Gol Dramatik Bruno Fernandes Pastikan Manchester United Benam Fulham
EPL
Premier League
Advertisements

Manchester United berjaya mencuri 3 mata berharga pada saat akhir menentang Fulham di Stadium Craven Cottage.

United sekali lagi menurunkan gandingan Harry Maguire dan Jonny Evans dibahagian pertahanan tengah manakala tiada nama Marcus Rashford untuk perlawanan ini ekoran kecederaan.

Fulham pula mempertaruhkan Bernd Leno selaku penjaga gawang dan bekas pemain United, Andreas Pereira turut berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

McTominay hampir meletakkan United dihadapan apabila menjaringkan gol pada minit ke-8 namun dibatalkan VAR ekoran offside.

Kedua-dua pasukan lawan melancarkan serangan namun tiada gol yang dapat dihasilkan pada aksi separuh masa pertama.

Advertisements

Aksi separuh masa kedua turut dihiasi dengan beberapa percubaan daripada United namun mereka gagal meraih sebarang gol.

Malah beberapa pertukaran pemain turut dilakukan oleh kedua-dua pasukan untuk memperbaiki gaya permainan namun tetap buntu dihadapan gawang gol.

Advertisements

Disaat kedua-dua pasukan bakal meraih 1 mata berharga, kapten United muncul wira menjaringkan gol dramatik pada masa tambahan.

Bruno Fernandes memanfaatkan aksi kelam kabut dikawasan kotak penalti Fulham apabila merembat masuk bola hantaran Facundo Pellistri.

Advertisements

Tamat perlawanan, United menewaskan Fulham 1-0 dan kini meraih 6 kemenangan dalam 11 perlawanan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram