EPL: Liverpool & Brighton Sama-Sama Gagah
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Penyakit ‘lambat panas’ kembali menghantui Liverpool apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan Brighton di Stadium Amex hari ini.

Kontroversi perlawanan mereka dengan Tottenham Hotspur sudah dilupakan The Reds dengan fokus kini mendapatkan tiga mata daripada The Seagulls.

Begitupun, anak-anak buah Roberto De Zerbi membuktikan mereka pasukan yang liat dan menghiburkan lebih-lebih lagi selepas mengalahkan Manchester United 4-1 di Old Trafford.

Advertisements

Dan buat kali kelapan dalam semua kejohanan, The Reds dibolosi dengan gol awal menerusi Simon Adingra pada minit ke-20.

Tersentak, anak-anak buah Jurgen Klopp memperkemas rentak permainan mereka. Hasilnya, mereka mendahului menerusi dua gol Mohamed Salah dalam tempoh lima minit.

Penyerang Mesir itu menyumbat gol penyamaan Liverpool pada minit ke-40. Dan selepas Pascal Gross menjatuhkan Dominik Szoboszlai dalam kotak penalti, ia mudah disempurnakan Salah pada minit ke-45.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Brighton terus memburu gol penyamaan. Bagi menambah bisa serangan, De Zerbi memasukkan penyerang muda Ireland, Evan Ferguson menggantikan Danny Welbeck.

Pertukaran ini mengakibatkan barisan pertahanan The Reds ditekan habis-habisan oleh tuan rumah. Ini memaksa Klopp memasukkan Ibrahima Konate dengan harapan dapat melindungi benteng mereka.

Malangnya, itu tidak berlaku dengan The Seagulls meraih gol penyamaan menerusi kapten Lewis Dunk pada minit ke-78.

Advertisements

Kedua-dua pasukan terus menggandakan serangan bagi memburu kemenangan tetapi keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini mengakibatkan The Reds ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Tottenham Hotspur. Jurang tersebut boleh menjadi empat mata bila Manchester City merampas kedudukan pendahulu dengan mengalahkan Arsenal hari ini.

Selepas ini, Liverpool menentang Everton untuk aksi derby Merseyside pada 21 Oktober ini. Manakala Brighton pula melayan kunjungan Manchester City pada hari yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram