Manchester United dimalukan Brighton apabila tewas mengejut 1-3 kepada pasukan tersebut di Old Trafford.
United menurunkan 2 pemain baharu, Sergio Reguilon dan Rasmis Hojlund dalam kesebelasan utama mereka bertemu Brighton dan bermula baik apabila mempunyai beberapa peluang awal menerusi Marcus Rashford.
Namun United dikejutkan dengan gol pembukaan Brighton pada minit ke-20 permainan hasil jaringan bekas pemain mereka, Danny Welbeck. Hantaran dari belah kanan oleh Adingra mudah disempurnakan Welbeck.
United hampir menjaringkan gol penyamaan menerusi Hojlund namun gol tersebut dibatalkan VAR setelah bola terlebih dahulu berada diluar garisan padang sebelum Rashford melurukan bola kepada Hojlund.
Bersambung babak kedua, Brighton menambah jaringan menerusi Pascal Groß pada minit ke-53 hasil hantaran Tariq Lamptey.
United sekali lagi dikejutkan oleh Brighton pada minit ke-71 perlawanan. Joao Pedro yang masuk selaku pemain gantian mudah menewaskan Onana untuk gol ketiga Brighton.
Pemain muda United, Hannibal Mejbri kemudian menjaringkan gol pertama United pada minit ke-73 menerusi sepakan kencang setelah menerima hantaran Lisandro Martinez.
Brighton berjaya menguasai bola dalam perlawanan ini walaupun United kerap melakukan percubaan ke arah kubu pertahanan Brighton.
Tamat perlawanan, Manchester United dikalahkan Brighton 1-3 dilaman sendiri dan kini mengutip 3 kekalahan dalam 5 perlawanan awal liga.