Asia

Yaman Terima Tonik Sebelum Hadapi Harimau Malaya

Yaman Yemen FA 2 Yaman Terima Tonik Sebelum Hadapi Harimau Malaya
Yemen FA
Advertisements

Yaman menerima suntikan semangat sebelum menentang Harimau Malaya di China pada 17 November ini.

Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) mengumumkan pasukan itu bakal menerima sentuhan jurulatih kecergasan dari Algeria, Majani Saifeddine.

Saifeddine dibawa masuk atas cadangan rakan senegara merangkap jurulatih Yaman, Noureddine Ould Ali.

Selain pernah memiliki pengalaman membantu aspek fizikal beberapa kelab di Algeria, beliau juga merupakan pensyarah dalam bidang pendidikan jasmani. Saifeddine juga turut menerima pengiktirafan daripada Persatuan Bola Sepak Algeria.

Noureddine berharap kehadiran beliau dapat membantu memantapkan lagi aspek kecergasan pasukan itu bila beraksi di peringkat antarabangsa.

Yaman mengadakan kem latihan di Kaherah, Mesir sejak beberapa hari lalu sebagai persiapan sebelum bertolak ke China.

Selain menentang Malaysia pada 17 November, anak buah Noureddine juga akan berdepan Bahrain pada 14 November. Aksi ini disifatkan aksi balas dendam buat Bahrain.

Ini kerana Yaman mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan itu dalam saingan peringkat kumpulan Arabian Gulf Cup.