Ads
EPL
Liverpool

Tottenham Hotspur menarik nafas lega setelah berjaya menewaskan Liverpool 2-1 yang bermain dengan 9 pemain menerusi gol minit akhir.

Advertisements

Perlawanan bermula seimbang antara kedua-dua pasukan sebelum pemain tengah Liverpool, Curtis Jones dilayangkan kad merah pada minit ke-25 setelah melakukan bentesan berbahaya ke atas Yves Bissouma.

Advertisements

Luis Diaz berjaya menembusi gawang gol Spurs pada minit ke-34 permainan namun jaringan itu dibatalkan disebabkan kedudukan ofsaid.

Advertisements

Advertisements

Spurs kemudian memanfaatkan situasi 10 pemain Liverpool apabila Son Heung Min menjaringkan gol pertama perlawanan hasil bantuan Richarlison.

Liverpool berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Cody Gakpo sebelum tamat aksi separuh masa pertama.

Advertisements

Diogo Jota yang dimasukkan bermula babak kedua menjadi pemain kedua menerima kad merah dalam perlawanan ini setelah mengutip 2 kad kuning dalam masa 2 minit.

Jota melakukan kekasaran sebanyak 2 kali ke atas pemain sama, Destiny Udogie.

Liverpool yang bermain dengan 9 pemain terpaksa menahan asakan daripada Spurs namun gagal apabila dibolosi saat akhir.

Joel Matip menjaringkan gol sendiri pada masa tambahan menyaksikan harapan 1 mata Liverpool berkecai.

Spurs jelas menguasai perlawanan apabila merekodkan 65% penguasaan bola dan melakukan 24 percubaan ke arah gawang gol Liverpool.

Advertisements

Tamat perlawanan, Spurs menang 2-1 ke atas Liverpool yang menyaksikan Liverpool menerima kekalahan pertama liga bagi musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram