EPL: Manchester City Pamer Kebangkitan Tundukkan West Ham

Manchester City Doku EPL: Manchester City Pamer Kebangkitan Tundukkan West Ham
Manchester City
Alif Syazani @SyazaniAlif
11:56pm 16/09/2023

Aksi Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara West Ham dan Manchester City yang berkesudahan dengan keputusan 3-1. 

The Citizen dan The Hammers turun dengan reputasi terbaik selepas tidak pernah tewas dalam 5 perlawanan sebelum ini. 

Bintang baharu The Hammers, James Ward-Prowse membuka jaringan pada minit ke-36 dengan tandukan deras menewaskan Ederson selepas mudah menerima hantaran lintang daripada Vladimir Coufal. 

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Manchester City tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan apabila pemain sayap, Jeremy Doku berjaya menjaringkan gol pada minit ke-46 permainan.

Pertukaran pemain dibuat oleh The Citizen dengan memasukan Matheus Nunez menggantikan Phil Foden. Sementara buat pasukan The Hammers, Said Benrahma dan Muhammad Kudus dimasukkan menggantikan Michael Antonio dan Edson Alvarez. 

Pada minit ke-76, pemain lincah Portugal, Bernardo Silva berjaya menjaringkan gol mudah selepas kesilapan yang dibuat oleh pertahanan West Ham.

5 minit sebelum tamat permainan, penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland menjaringkan gol ketiga sekaligus menutup harapan The Hammers untuk bangkit. 

6 minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan.
Manchester City pamer kebangkitan luar biasa tundukkan West Ham United. 

Manchester City 3-1 West Ham.