Advertisements
EPL: Manchester United Menang Bergaya Ke Atas Leicester City
EPL
MakanBola
Manchester United

Manchester United mempamerkan aksi hebat di bawah kendalian pengurus interim Ruud Van Nistelrooy apabila menewaskan Leicester City dengan jaringan 3-0.

Advertisement

Amad Diallo bersama-sama Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan juga Rasmus Hojlund diberikan kepercayaan untuk membarisi jentera serangan pasukan.

Leicester City pula mempertaruhkan nama-nama seperti Harry Winks, Wilfred Ndidi dan juga Boubakary Soumare untuk mengawal bahagian tengah pasukan.

Advertisement

Bruno Fernandes meledak gol pertama buat United pada minit ke-17 perlawanan setelah menerima bola hantaran daripada Amad Diallo.

Memasuki minit ke-38, Bruno Fernandes sekali lagi memainkan peranan penting untuk gol kedua United setelah Victor Kristiansen menjaringkan gol sendiri untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Advertisement

Bermula babak kedua, Leicester cuba mencari gol pertama pasukan menerusi beberapa percubaan namun gagal menewaskan penjaga gol United, Andre Onana.

Advertisement

Alejandro Garnacho menyempurnakan kemenangan bergaya United apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-82 hasil hantaran Bruno Fernandes.

Manchester United menewaskan Leicester City dengan jaringan 3-0 di Old Trafford untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan liga.

Advertisement

United kini berada di tangga ke-12 liga dengan mengumpul 15 mata hasil 4 menang, 3 seri dan 4 kalah manakala Leicester di kedudukan ke-15 dengan 10 mata hasil 2 menang, 4 seri dan 5 kalah.

United seterusnya akan menentang Ipswich Town pada 25 November kelak manakala Leicester City akan melawan Chelsea pada 23 November kelak.