Manchester United memilih jalan penuh berliku sebelum jinakkan Liverpool di Old Trafford sekaligus mengesahkan slot saingan Liga Juara-juara UEFA musim 2026/27 selepas kali terakhir beraksi dalam kancah bola sepak terbesar Eropah itu pada musim 2023/24.
Tiga jaringan Manchester United disumbangkan oleh Matheus Cunha, Benjamin Sesko dan Patrick Dorgu manakala jaringan Liverpool disumbangkan oleh Dominik Szoboszlai dan Cody Gakpo.
Manchester United membuka akaun jaringan menerusi sepakan Matheus Cunha seawal minit ke-6. Situasi kelam kabut di pintu gawang Liverpool memberikan kelebihan awal buat pasukan tuan rumah.
Serangan bertali arus Manchester United sekali lagi menghukum pasukan pelawat menerusi jaringan Benjamin Sesko pada minit ke-14. Sesko yang sebelum itu dijatuhkan di dalam kotak penalti kembali bangkit menyudahkan satu gerakan cantik daripada Bruno Fernandes. Jaringan Sesko tetap disahkan pengadil perlawanan walaupun berdepan risiko dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Bersambung babak ke-2, Manchester United membuat satu pertukaran dengan mengeluarkan Benjamin Sesko dan memasukkan Amad.
Liverpool merapatkan jurang 2 minit selepas babak ke-2 bermula hasil kesilapan Amad yang dimanfaatkan Dominik Szoboszlai menerusi satu larian solo ke gawang Manchester United.
Liverpool sekali lagi menghukum kealpaan pemain Manchester United menerusi jaringan Cody Gakpo pada init ke-56 hasil kesilapan penjaga gawang United, Senne Lammens menjadikan kedudukan 2-2.
United membuat pertukaran taktikal dengan mengeluarkan Bryan Mbeumo dan memasukkan Patrick Dorgu lantas membuahkan hasil sejurus itu menerusi jaringan cantik Kobbie Mainoo pada minit ke-77 menjadikan kedudukan 3-2.
Keputusan berakhir dengan Manchester United berjaya menewaskan Liverpool 3-2 di Old Trafford.
Manchester United bakal bertandang ke Stadium of Light Sabtu ini pada 9 Mei 2026 bertemu Sunderland manakala Liverpool menerima kunjungan Chelsea di Anfield pada hari yang sama.