Penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland sanggup membelanjakan hampir RM76 ribu untuk membantu sekumpulan peminat kelab kerdil Norway, Bryne FK.
Haaland membelanjakan wang tersebut untuk kos pengangkutan kereta api buat 200 penyokong Bryne FK yang turut menjadi kelab Haaland sewaktu remaja.
Perlawanan itu penting apabila Bryne FK bakal bermain dalam perlawanan play-off sejak tahun 2006 untuk melayakkan diri bermain di liga utama Norway, Eliteserien.
Haaland juga akan belanja kos pengangkutan bas sekiranya penyokong Bryne FK tidak mahu menaiki kereta api.
Penyerang berusia 23 tahun itu memulakan karier bola sepak bersama kelab Bryne diperingkat remaja sebelum pemain itu akhirnya berpindah menyertai Molde.
Pengurus pemasaran Bryne turut memuji dan menghargai usaha Erling Haaland yang membantu bekas kelabnya dengan menaja kos pengangkutan penyokong.
Haaland ketika ini mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan dalam aksi menentang Scotland tempoh hari yang menyaksikan Norway diikat Scotland 3-3.
Penyerang ini turut cemerlang bersama City apabila telah menjaringkan 13 gol dalam 12 perlawanan bagi musim ini.