Esaka Mahu Pemain Urawa Reds Bersatu Tewaskan JDT
Dunia
Johor Southern Tigers / Football Database
Advertisements

Umum mengetahui bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menghadapi tugas getir pada 19 Ogos ini (Jumaat) apabila mereka akan menentang pasukan gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC.

Bagi pemain Urawa, Ataru Esaka, beliau tidak mahu terlalu memikirkan kekuatan yang dimiliki JDT bimbingan jurulatih, Hector Bidoglio. Sebaliknya beliau lebih memikirkan persembahan pasukannya sendiri.

““Ia bukan tentang apa yang lawan kami (JDT) akan lakukan. Tetapi ianya lebih kepada apa yang kami akan lakukan nanti.

Advertisements

“Kita perlu menunjukkan bagaimana kita membina permainan sebagai satu pasukan. Adalah sangat penting untuk kita beraksi sebagai satu unit,” jelas Esaka seperti dipetik J Football.

Jika dinilai dari segi kedudukan liga, Urawa kini berada di tangga ke-7 Liga Jepun dan mereka sebelum ini berjaya menewaskan Kawasaki Frontale, pasukan yang disingkirkan JDT di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC tempoh hari.

Advertisements

Berbeza dengan JDT, sehingga kini mereka berada di takhta Liga Super Malaysia dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 14 perlawanan liga. Lebih manis lagi, 7 perlawanan terakhir mereka diakhiri dengan kemenangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram