Ethan Wheatley Berpeluang Bantu Misi Man United Di EPL
EPL
Manchester United
Advertisements

Penyerang muda kacukan Malaysia, Ethan Wheatley berpeluang membantu Man United merampas kembali kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi ini.

Ini selepas namanya disenaraikan sebagai pemain simpanan The Red Devils untuk perlawanan menentang Bournemouth.

Penyerang berusia 18 tahun itu bukan satu-satunya pemain muda yang dipanggil pengurus United, Erik ten Hag.

Advertisements

Selain Wheatley, pengurus Belanda itu turut memanggil dua rakan sepasukan dalam pasukan United Bawah 18 Tahun (B-18) iaitu Harry Amass dan Habeeb Ogunneye.

Trio ini menyertai wira kemenangan The FA Cup ke atas Liverpool dari Ivory Coast, Amad Diallo dan Omari Forson di bangku simpanan.

Ten Hag menyenaraikan Wheatley sebagai pemain simpanan hari ini selepas kagum dengan persembahan cemerlangnya semasa menentang skuad Liverpool B-18.

Advertisements

Penyerang England B-17 meledakkan hatrik untuk membantu United membelasah The Reds 9-1 pada minggu lalu.

The Red Devils terpaksa menyisihkan ramai pemain terutama di bahagian pertahanan ekoran masalah kecederaan.

Antara pemain yang terpaksa disisihkan ten Hag ialah Lisandro Martinez, Victor Lindelof, Luke Shaw, Tyrell Malacia, Raphael Varane dan Anthony Martial.

Advertisements

Perlawanan Bournemouth-United berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 2-2. Dominic Solanke dan Justin Kluivert mencetak gol buat tuan rumah.

Sementara The Red Devils pula membalas menerusi dua gol kapten, Bruno Fernandes. Keputusan ini menyaksikan United kekal di tangga ketujuh dengan 50 mata di belakang Newcastle United.

Wheatley tidak diturunkan dalam perlawanan awal pagi ini. Ini disebabkan ten Hag memilih memanggil Diallo dan Mason Mount sebagai pemain gantian buat United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram